Pada pagi hari di office sudah menjadi suatu titik tidak puas hati. Sungguh fed up ! A tidak suka ! DAn ia perlahan-lahan hilang dari minda A apabila dia menyambung kerjaannya ! Dia masih di bilik audio untuk projek tersebut. A dan Ar yang merupakan housemate A berada di bilik audio untuk mengumpat En.M ! Kerana ketidakpuashatinya terhadap En.M segala perkataan tidak elok terpancut dari mulut A !
Sekali lagi ditegur apabila A dan 4 budak praktikal yang lain akibat terlalu lambat untuk menyiapkan kerja. Ini kerana mereka boleh menghabiskan kerja tersebut dengan masa yang lebih singkat ! A sungguh terkilan ! Ini kerana pertama kali mereka membuat kerja tersebut. Ia perlu mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri. Perkara ini juga mengungkitka kembali pada peristiwa lewat masuk kerja pagi tadi. Membuatkan A lebih stress !
Dan sangat musykil apabila A dan kawan-kawannya itu dapat menghasilkan lebih 20 cerita dalam masa kurang 4jam ! Ini kerana kemarahan terhadap En.W yang ingin menggunakan bilik tersebut pada sesi petang.
Setelah jam menjangkau angka 6.30 A mengajak housemates-nya untuk pulang ke rumah. Dengan keadaan yang agak gelap, A membawa kereta Brownies nya. Hanya meninggalkan Af di tempat kerjanya kerna Af tidak dapat habiskan kerjanya. Sampai saja di rumah, mula kilat sambung menyambung dan guruh menghentam yang menandakan hujan yang sgt lebat akan turun.
Jam 7.00 malam adalah masa yang sangat dinanti-nantikan oleh A setiap Isnin hingga Khamis. Kerana di slot Akasia memainkan cerita yang sungguh menambat hatinya untuk menonton. Selalunya A akan menonton bersama Af, akibat Af tidak dapat menghabiskan kerjanya di pejabat, A menonton keseorangan.
Pada malam hari tersebut, A mengajak housemate nya untuk makan di tempat biasa mereka kunjungi iaitu Restoran V ! Dan tiba-tiba A teringat pada Al yang menjadi teman bagi A sejak di semester 1 lagi. A ingin berada di kawasan rumah Al untuk mencari kamera di Kuala Lumpur. A ingin kesana untuk mencari perkaksa yang perlu untuk dirinya. Dan Al memastikan bahawa A boleh lepak dirumahnya semasa A berada di Kuala Lumpur nanti.
Lepak punya lepak sehingga lah jam 1 pagi dan mereka pulang kerumah dengan tenang untuk masuk tidur !
Sampai sahaja dirumah, A tetap tidak mahu tidur untuk update cerita teman-temannya di Facebook ! Itu juga rutin buad dirinya!
No comments:
Post a Comment