Tuesday, February 22, 2011

Episod 6 : Kisah A

Setelah bangun dan bersiap untuk bekerja, masa sudah tiba di pejabat ! Memulakan hari dengan baiknya, kerana tiada tugasan yang perlu disiapkan pada hari tersebut. Hanya melakukan kerja sendiri. Seperti selalu, Online internet untuk Facebook dan melayari internet untuk laman sesawang yang lain.

Tiba sahaja pada waktu petangnya, meeting bersama En.W ! Yang telah memilih untuk A dan Ar supaya memasuki bahagian Produksi ! Dengan rela hatinya A dengan Ar memasuki grop produksi. Sebelum ini A dan Ar tidak terlalu pandai untuk menggunakan perisian yang digukan oleh grop tersebut dan mereka tidak menjangka ini akan berlaku.

Tetapi atas dasar bertanggungjawab dan disiplin, A dan Ar menerima sewajarnya keputusan tersebut. Hari tersebut, mereka tidak memulakan lagi untuk mengendali bahagian produksi kerana masa tidak mengizinkan.

Masa yang pantas berlalu, mengejutkan A bahawa dia pergi untuk mengambil tempat di bahagian storyboarding ! Sungguh tak di sangka bahawa dia akan menjadi salah seorang daripada kumpulan storyboarding ! Tanpa segan silu dengan hati yang tertutup A telan dengan peritnya ! Mendapat geng yang tidak begitu mesra, A redha !

Sunday, February 20, 2011

Episod 5 : Kisah A

3 Hari 2 Malam !

Hari pertama :

A telah mengambil keputusan dari hari Sabtu diawalkan pada hari Jumaat malam, A bersama Ay dan Af mengambil KTM pada jam 9.30 malam dan dijangka sampai di Kl sentral pada jam 12.30 malam. A yang memberitahu Af dan Ay bahawa dia mahu untuk menaiki KTM dari Pekan I ke Kl Sentral kerana ia lebih dekat berbanding dari Bukit Jalil untuk ke rumah kawannya.

Sampai sahaja di KTM pekan I, A dan kawannya telah dimarahi oleh pak guard disitu akibat lambat. Walhal, jambaru memasuki angka 9.20 malam. Jika A tidak sampai awal pada ketika itu, alamatnya ketinggalan lah.

Berada sahaja di dalam KTM, mereka mencari Second Class Seat. Hanya terdapat beberapa manusia sahaja ketika itu. KTM tersebut mengambil penumpang disetiap pekan yang berada di Perak. Tetapi tidak pula di Selangor. Agak terkejut ketika itu. Tetapi paling penting, A sudah sampai di KL Sentral sebelum jam 12.30 malam.

Dalam perjalanan tersebut, A dan kawannya S rancak bermesej. S memberitahu jika A sampai awal di KL dia ingin membawa A ke tempat yang A teringin untuk pergi. Tetapi masa tidak mengizinkan. A tidak begitu kecewa.

Sampai sahaja di KL, S membawa A berjalan sekitar bandar tersebut sebelum pulang ke rumahnya. Pada ketika itu A tidak mengantuk. Agaknya tidurnya telah dibayar di dalam KTM. A tidak pernah tidur awal sebelum ini. Dan mungkin di dalam KTM ke KL Sentral tersebutlah yang pertama kalinya.

Berjalan pada malam hari semestinya seronok. A memang sebelum ini selalu keluar malam. Kerana pada siang hari A sentiasa berada di pejabatnya. Untuk melunaskan diplomanya A harus meneruskan praktikalnya di pejabat tersebut.

Setelah penat berjalan disana, S yang ditemani oleh C membawa A ke cafe yang terdapat disekitar rumah S dan C iaitu Cafe Q ! Sebelum ini, F kawan A telah memberitahu A bahawa disitu sangat seronok untuk cuci mata ! hahah. A tanpa segan silu memberitahu S untuk kesana. Tetapi S mengatakan bahawa dia tidak selalu berada disana kerana terlalu sesak. Memang selalunya ramai ! Seronok ! Akibat dari itu, S memutuskan untuk membawa A ke sana. Impian A tercapai ! hahah.

Di Cafe Q ! A telah dikejutkan dengan kehadiran R yang menjadi teman laman sosial nya ! R memang menjadi citarasa A ! A memang tertarik dengan gaya dan perwatakan R ! Jika di dalam laman sosial tersebut, hanya gambar yang yang dapat dilihat. Perkara yang tidak dirancang ! dapat melihat R dari dekat ! Seronok ! A tidak mampu untuk menegur kerana segan dengan R !

Hampir jam 3 pagi, S membawa A pulang kerumah untuk rehat kerana pada esok harinya S ingin membawa A untuk mencari barang yang A mahukan.

Hari kedua :

A sedar sekitar dalam 10 pagi. S dan A bersiap dan terus mencari kedai makan untuk BRUNCH ! hahaha, Tempat pertama yang ingin mereka lawati ialah Pudu Plaza. Rasanya tidak terlalu awal untuk mereka ke sana, tetapi butik-butik masih tidak dibuka. Sangat pelik ! Di dalam hatinya, orang KL tak bagun pagi ke? hahah. A dan S masih mencari kedai yang ingin mereka lawati tetapi tidak dijumpai.

Setelah itu S mencadangkan untuk pergi ke Pernama(kot) bersebelahan Sogo ! Mencari barang disana tidak lah seteruk di Pudu Plaza kerana banyak juga kedai yang telah dibuka dan mempunyai pilihan untuk membeli. A tidak dapat memikir dengan jelas memgenai itu. Akibat perkara tersebut, S mencadangkan untuk pergi semula di Pudu Plaza oleh sebab disana mungkin lebih murah. Sampai sahaja disana, apabila ditanya kembali hanra yang diletakkan terhadap DSLR Nikon D31oo dari RM1900 naik ke RM1980 ! Perbezaan tidaklah tertalu tinggi tetapi layanan yang diberikan oleh pekerja disitu sangat tidak senonoh ! Kemarahan yang diberi. Sungguh biadap ! A tidak akan berada disana untuk memiliki D3100. Setelah bertanya kepada D, Kedai Kemera FS lebih murah dan A membeli barangan disana.

Selepas itu, S membawa A ke BB Plaza dan juga Sg.Wang Plaza ! A memang berharap ingin ke sana ! A merasakan disana pusat membeli-belah yang paling seronok ! Barangannya tidaklah mahal berbanding dengan Mall yang lain juga barangannya tidaklah BRAND sangat ! Sesuai untuk STUDENT seperti A ! yang tidak menghiraukan jenama !

A mencari beg yang comel dan tshirt kerana A tidak mempunyai tshirt yang banyak. Tetapi hakikatnya terdapat lebih almari dirumah keluarganya ! hahha. A memang suka untuk mengumpul sebarang koleksi yang dia suka !

Setelah penat disana, S membawa A ke Pavillion. Memang A sudah lama tidak masuk ke sana. Last A masuk ke sana pada semester 1 sesi Jun ! Selama dia ke KL, dia hanya lalu sahaja di kawasan itu ! Walaupun tidak membeli sebarang tetapi menjadi kepuasan disana untuk menikmati keindahan dan ramainya makhluk Allah disekitar itu !

Dalam perjalanan ke Pavillion, A dapat melihat 2 produksi sedang bekerja untuk shooting drama dan video musik(agaknya). Salah satunya di BerJUNTIONS di BB tersebut dan lagi satu dihadapan Pavillion. a memang suka untuk melihak dibelakang takbir sesebuah produksi ! Sangat seronok ! Bukan senang untuk membuat sesuatu produk berdasarkan penyiaran ini.

Hari kedua juga seronok sehingga kebas kaki A dibuatnya ! Pada malam hari pula S mengajak A untuk berkareoke disebelah Cafe Q ! Sebelum untu berkareoke, S membawa A di LOOK OUT POINT (betul ke? ) hahah. Seronok ! Permandangan KL pada malam hari !

Kemudian, setelah itu mereka ke Pusat Kareoke ! Dapatlah A menyanyi dalam 4 ke 5 lagu ! Seperti biasa lagu lama Dato` Siti jangan dilupakan ! A tidak terlalu obses tetapi lagu lama beliau sangat sedap ! hahah

Setelah itu, lepak di kedai mamak ! Mencuci mata dan seterusnya pulang kerumah ! Tidur seperti biasanya !

Hari ketiga :

Sekitar 12 tengahari, S mengajak C dan F untuk turut serta Brunch di Cafe Q ! Sungguh best ! Pelbagai cerita yang telah mereka berkongsi ! Seronok !

Setelah itu, S dan C membawa A untu ke Mid Valley Megamall ! A juga senang untuk ke sana. Jika A ke KL, megamall inilah tempat yang tidak lupa untuk disinggahinya ! Seronok ! MEncuci mata ! hahah

Tepat jam 5 petang S dan C menghantar diterminal KTM. A ingin pulang ke Perak kerana bekerja untuk hari Isninnya ! Mendengarkan perkataan TIKET HABIS dari Af ! Sentap A seketika ! Dan apa yang bermain difikiran A adalah BAS ! A menyuruh Af dan Ay untuk tunggu di KL Sentral. Walaupun A perlu pusing dari Mid Valley ke Kl Sentral dan seterusnya ke Bandar Tasek Selatan akibat Af tidak tahu ke Bukit Jalil ! Tidak mengapa bagi A !

Mereka terus ke Bj dari KL Sentral. Pengalaman seterusnya yang menggelikan hati A adalah jualan langsung di BJ tersebut ! Penjualan tiket sebelum sampainya di kaunter pertanyaan ! Sangat kelakar ! Biasalah kan ! Ingin untung ! Yang menjadikan A untuk maki adalah tiket yang dibeli menunjukkan masa 6.30 petang tetapi bergerak dalam jam 7.00 malam ! Seterusnya setelah bergerak dari BJ ke Duta, A, Af dan Ay perlu menukar bas dari Naik Selalu ke Super Nice ! boleh pulak untuk menukarkan ! Pelik dunia sekarang ! Biasalah A tidak selalu berada di KL. Perkara sebegini jarang berlaku padanya.

Dari jam 6.30 petang, sampai di bandar I tepat jam 11.45 malam ! Sangat dahsyat ! Pengamlam memaki yang sangat seronok !

Itulah pengalam yang manis, pahit, tawar, kurang gula, dan kencing manis yang terdapat pada 3 hari 2 malam ini ! =)

Thursday, February 17, 2011

Episod 4 : Kisah A

Hari ini A menjalankan harinya seperti biasa. Pergi bekerja pada jam 8.55 dan sampai di office pada jam 9.02 ! Ia terlalu lambat dikatakan oleh En.M ! A sungguh menyirap dengan pujian sinis En.M ! Kerana kebanyakkan hari bekerja yang lain, A banyak luangkan masa lebih dari sejam setiap hari. Sungguh tidak adil! Hanya lewat 2 minit menjadi isu yang sangat besar ! Terseksa !

Pada pagi hari di office sudah menjadi suatu titik tidak puas hati. Sungguh fed up ! A tidak suka ! DAn ia perlahan-lahan hilang dari minda A apabila dia menyambung kerjaannya ! Dia masih di bilik audio untuk projek tersebut. A dan Ar yang merupakan housemate A berada di bilik audio untuk mengumpat En.M ! Kerana ketidakpuashatinya terhadap En.M segala perkataan tidak elok terpancut dari mulut A !

Sekali lagi ditegur apabila A dan 4 budak praktikal yang lain akibat terlalu lambat untuk menyiapkan kerja. Ini kerana mereka boleh menghabiskan kerja tersebut dengan masa yang lebih singkat ! A sungguh terkilan ! Ini kerana pertama kali mereka membuat kerja tersebut. Ia perlu mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri. Perkara ini juga mengungkitka kembali pada peristiwa lewat masuk kerja pagi tadi. Membuatkan A lebih stress !

Dan sangat musykil apabila A dan kawan-kawannya itu dapat menghasilkan lebih 20 cerita dalam masa kurang 4jam ! Ini kerana kemarahan terhadap En.W yang ingin menggunakan bilik tersebut pada sesi petang.

Setelah jam menjangkau angka 6.30 A mengajak housemates-nya untuk pulang ke rumah. Dengan keadaan yang agak gelap, A membawa kereta Brownies nya. Hanya meninggalkan Af di tempat kerjanya kerna Af tidak dapat habiskan kerjanya. Sampai saja di rumah, mula kilat sambung menyambung dan guruh menghentam yang menandakan hujan yang sgt lebat akan turun.

Jam 7.00 malam adalah masa yang sangat dinanti-nantikan oleh A setiap Isnin hingga Khamis. Kerana di slot Akasia memainkan cerita yang sungguh menambat hatinya untuk menonton. Selalunya A akan menonton bersama Af, akibat Af tidak dapat menghabiskan kerjanya di pejabat, A menonton keseorangan.

Pada malam hari tersebut, A mengajak housemate nya untuk makan di tempat biasa mereka kunjungi iaitu Restoran V ! Dan tiba-tiba A teringat pada Al yang menjadi teman bagi A sejak di semester 1 lagi. A ingin berada di kawasan rumah Al untuk mencari kamera di Kuala Lumpur. A ingin kesana untuk mencari perkaksa yang perlu untuk dirinya. Dan Al memastikan bahawa A boleh lepak dirumahnya semasa A berada di Kuala Lumpur nanti.

Lepak punya lepak sehingga lah jam 1 pagi dan mereka pulang kerumah dengan tenang untuk masuk tidur !

Sampai sahaja dirumah, A tetap tidak mahu tidur untuk update cerita teman-temannya di Facebook ! Itu juga rutin buad dirinya!

Episod 3 : Kisah A

Hari berikutnya A menjalani hidup dengan biasanya. Hari Isnin yang membawa makna masa untuk bekerja telah menjadi rutin hidupnya. Apabila bunti sahaja ditelefon bimbitnya yang mengejutkan pada sekitar 8.10 minit pagi, A bergegas untuk ke bilik air da bersiap sedia untuk ke pejabat. Itulah rutin hariannya apabila semester 4 menjelang. Semester 4 bagi sesetengah IPTA akan mengadakan latihan industri yang mana para pelajar harus mencari tempat untuk bekerja yang bersesuaina dengan jurusan yang diambil oleh pelajar tersebut. Bagi A dia telah mengambil Digital Art sebagai jurusannya bagi kursus diploma. Jadi, A memilih untuk menjalankan latihan industri yang membuat product berdasarkan seni digital.

Apabila sampai sahaja di pejabat, A punch card dan duduk di tempatnya sekarang. Iaitu sound engineer untuk projek terbaru syarikat itu. Seharian A duduk disitu untuk menghabiskan kerjanya. Hingga terlelap seketika A disitu kerna melakukan kerjaan yang sama hampir setiap hari.

Tepat jam 1.00 petang masa untuk rehat dan lunch time ! Masa tersebut A ambil untuk menghabiskan dengan menjamah makanan tengahari dan seterusnya bersolah zohor. Pada ketika ini jugalah A tunggu kerana pilihan mata A mengenai orang tersebut akan berada di depan mata A! Sungguh gembira hati A jika dapat memiliki orang tersebut. A sungguh berminat dengan orang tersebut. Dan sudah beberapa bulan A berada di syarikat itu untuk menjalankan praktikalnya, orang tersebut dapat mengesyaki bahawa A selalu melihatnya dari jauh.

Bercerita tentang orang itu, A pernah sekali berada di dalam lift yang sama dengan orang itu. Pada ketika itu A sudah menjalankan ibadah solatnya di tingkat 13, maka selepas menekan butang ke atas, lift berhenti di tingkat 13 dan ada orang tersebut didalamnya. OMG ! sungguh nervous hati A! Ketika itu orang itu bersama officemates-nya. Suaranya betul2 menyentuh kalbu A !

A memang selalu untuk suka melihat orang yg senang untuk dia melihat ! hahahha. A memang karut ! Kadang-kadang A malu setelah tahu orang yg dia selalu lihat dapat mengetahui perbuatannya ! hahah, sungguh kelakar !

Pada minggu ini sungguh meriah ! A dengan housemates-nya selalu keluar malam! Minggu ini sahaja A sudah 2 kali berkareoke! hahah, Biasalah,walaupun mengalami kesenggauan pada minggu ini, A tetap akan menyanyi ! A tidak akan melepaskan peluang ! hahah, Lepak di tempat yang berbeza. Setiap kali keluar, mereka akan pergi ke Restoran V dan Taman P ! haha, Memang rutin mereka ! Seronok A lepak bersama mereka.

Pada satu hari, kawan dari kampung A mengajak A untuk photoshooting temannya itu. Ini kerana kawannya itu mahu melunaskan task yang diberi oleh lecturernya. Justeru, H meminta tolong A untuk mengambil fotonya. Dengan hanya berbekalkan kamera compact, A menjalankan tugasnya sebagai kawan. Tetapi tidak tahulah jika apa yang telah A lakukan tidak menarik perhatian H.

Lokasi di Tman Pancutan Air yang indah untuk sesi fotografi tersebut. H terlalu malu untuk beraksi. Ini tidak memberi komitmen kepada A untuk menjalankan sesi fotografi tersebut. Namun, A tetap membuat yang terbaik untuk H !

Sebelum sampai ke taman tersebut, A sesat seketika ! hahah, Ini kerana informasi yang diberi oleh H tidak terlalu tepat ! hahah. Tetapi, kami selamat sampai dan mengambil masa yang tidak begitu lama untuk sampai di taman itu.

Sebelum berjumpa H dan menjalankan treatment rambut, A dan housemates-nya menjamah KFC yang dihidangkan oleh orang india ! Tidak kisahlah kerana ada juga terdapat orang melayu yang bekerja. Tetapi di setiap kaunter hanya terdapat orang india untuk serve ! Mula-mula agak loya tetapi oleh kerana ramai juga orang melayu disana untuk makan, mereka tidak kisah ! Layan sahaja !

Ada ketika, selepaas menjalankan treatment untuk rambut, housemate A telefon mengatakan bagaimana hendak masuk ke dalam rumah kerana kami kunci gate rumah ! hahah. Kelakar ! AF marah-marah ketika menelefon kami ! haha, Dia memang begitu. Senang untuk naik hangin ! A tidak mengindahkannya sebab da lemak dengan orang sebegitu !

Sebelum itu, A bersembang dengan hair stylist tersebut untuk meluruskan rambutnya ! hahha. Kerana rambut A memang normal untuk kerinting ! Hair stylist itu mengatakan bahawa dia boring untuk lurus, kerana majoriti rakyat Malaysia sering melakukan rebonding ! hahha. Hakikatnya dia juga berambut lurus ! hahah,,


Macam-macam pengalaman dapat hari tersebut. Kena marah, tgk orang marah kerana H memarahi skandalnya ! Sesat ! hahah, Sungguh gembira ! Minggu yang menyeronokan !

Ha ! A juga sungguh bahagia apabila benda yang ingin dia lalukan sebelum ini menjadi kenyataan. A dan D mengadakan gigs dirumahnya ! Dengan men`cover` beberapa lagu yang menjadi favourite mereka ! Seperti Pray, Favourite Girl & banyak lagi ! Perasaan yang sungguh meneronokkan apabila mereka juga merakam video semasa gigs ! Sungguh menarik ! A tidak akan melupakan kejadian tersebut sebagai pengalaman manisnya ! D juga berjanji untuk mereka sama-sama merakan video yang lebih untuk suatu masa nanti !

Monday, February 14, 2011

Episod 2 : Kisah A

Pada hari berikutnya A tidak membuat apa-apa di rumahnya. Bagun pagi pon lambat akibat daripada kerja Online ditingah malam sehingga lewat-lewat sgt malam ! hahah, Setelah menonton tv untuk beberapa siaran Apa Saja FBI, Melodi & Siti dia bergegas untuk mandi. Selepas mandi, A terus menyarungkan baju dan seluar jeans Top Man-nya.

Pada jam dalam lingkungan 4 petang baru dia mengambil breakfast! haha, ini disebabkan terlalu banyak angin yang terdapat pada badan A untuk dia mengambil breakfast yang awal. Tidak selesa katanya apabila mengambil breakfast pada situasi perut yang meragam.

Pada hari tersebut juga A perlu pulang ke Pekan A untuk bekerja pada keesokkan harinya. Penat yang tidak terkira akibat tidak cukup tidur dan mengalami penyakit SELEMA menyebabkan A lesu dan tidak beberapa bermaya. Tetapi, A tetap ingin pulang ke Pekan A ! A tidak memanjakan dirinya untuk benda yang remeh. Tepat jam 5.15, A keluar dari rumah dan sampai di Pekan A dalam lingkungan 7.15 .

Pada hari tersebut tiada benda yang membebankan hati A. Cuma dia begitu senang apabila dia dapat bermesej dengan pujaan hatinya. iaitu R. R bukanlah housemate A tetapi seseorang yang telah mencuri hatinya dari laman sosial. A & R dapat bertemu pada suatu hari dan lepak bersama F. F berkawan dengan A & R. F & R adalah pelajar dari sebuah IPTA yang sama. yang bezanya F & A di dalam 1 semester tetapi R di final year.

Walaupun dapat beberapa mesej dan reply dengan R, A sudah senang. Hatinya ingin bertaut dengan R. R memeliki raut wajah yang sungguh menawan ! Memiliki bentuk badan yang menjadi pujaan ramai. Memeleh ! hahha, Ntah bila boleh lepak lagi dengan R, A pon tidak tahu.

Seterusnya, A dan housemate merancang untuk kepusat jualan borong untuk membeli barangan rumah. A bawakan sahaja. Sebelum melangkah keluar dari rumah, A dan housematenya melayan gelagat realiti tv yang memasuki musim ke 5 itu. Gelagat dari peserta yang mengarut-ngarut ! Sungguh menggelikan hati ! hahah,

Dan mereka pun bergerak dari rumah sekitar 9.45 dan sampai dalam lingkungan 10 malam. Tidak begitu ramai di dalam pusat jualan itu. Ntah kenapa, A pun tidak tahu. hahah, selalunya hujung minggu begini ramai yang tidak melepaskan peluang untuk update barangan rumah. Tetapi tidak tahu la orang Pekan A ni! hahha.

Setelah habis membeli sedikit barangan rumah dan draw oleh R dari mesin ATM nya, kami melepak di salah sebuah restoran yang terbaik Pekan A ! Restoran V! Tapi masakan disitu tidak lah sehebat mana. Bagi housemate dan kebanyakan orang disini terlalu minat untuk makan disitu. haha. A tidak tahu mnegapa. Dan untuk malam ini, A selalu untuk memulakan mencari mangsa untuk Main Mata ! Seronok ! MAlam ini dia mendapat seorang mangsa ! Orang itu memakai Purle Shirt ! Taste sangat ! hahah, Comel ! A memang berminat jika dia melamarnya ! hahah,

Kepulangan dirumah sewanya dengan gembira. hahah. Tetapi ia d\tidak memberi makna kerana Main Mata akan habis di Restoran V sahaja ! Balik sahaja dirumah sewa dan bersiap untuk tidur, A susah untuk memejam mata. Ntah kenapa. Percubaan dia untuk tidur pun tidak senang, tetapi dia memejam juga matanya dan rebah di kamar tido. =)

Saturday, February 12, 2011

entri terbaru ! Kisah A !

hai, ini A. A tinggal di Malaysia ! hahah,, 4sure kan! Area Perak. A adalah seorang pelajar jurusan Digital Art di salah sebuah IPTA yang low profile. Seorang yang pemalu. Mempunyai sebuah keluarga yang perfect ! ayah dan mak juga kakak2. dibesarkan di perak dan menetap disini. sekarang sedang menjalani tesis untuk jurusan tersebut. A seorang yang humble. suka gossip ! shopping ! singging !

apabila anda semua memasuki blog ini, cerita A akan dikongsikan disini ! tak tahu la sambutan untuk cerita A ini akan meletops atau tidak, tapi yang pastinya saya akan menceritakan kepada anda mengenai A !

Episod 1 : Kisah A

setelah bangun tidur dari dikejutkan oleh housemate dia D . A terus mengapai towel dan ke tandas untuk mandi. pada hari sabtu itu dia akan bergegas untuk balik ke kampung. oleh kerana kereta dia tidak berada dalam keadaan yang baik, die ingin repair. apabila dia di dalam tandas D mengatakan bahawa dia juga ingin gegas untuk balik dahulu. ~aku balik dulu ye` kata D aku pon mengatakan ~ok`!

setelah aku habis mandi, R yg juga housemate A balik dari mengambil ujian undang2 jalan raya telah pulang ke rumah. r mendapat 45/50 untuk keputusan ujian tersebut. '

selepas itu A pon bergegas untuk balik ke kampungku. A tidak terus untuk pulang ke kampung. A mencari Birthday Present untuk akak sulong A. Z inginkan patung NARUTO ! obses giler die dengan kartun tuh! sampai Default Picture untuk Social Network yang fofular tuh pon die letak NARUTO ! hahah, banyak butik gak la A mencari dan akhirnya A jumpa dekat butik ANIME ! yg jual2 games,figura2 tuh ! hahah, aku pon csarik. Z nak yang lebih besar dari yg A carik. tapi x ade! yg comel je A jumpa. xpe la asalkan Z akan dapat! hahah. setelah 12.30 A di Mall tersebut, A pon berkejar ke kampung. Dalam Pekan I pulak nak jam! ramai giler hari tuh org keluar! x pe la. dalam jam 1 keadaan jalam mula rebah.

dalam 1.45ptg A sampai di pekan daerah kampung A itu. aku menelefon mak untuk mencari tempat untuk repair air-con kereta. sementara menunggu parents A sampai di tempat A tunggu tuh, kawan baik aku menefon A! mengadu bahawa kawaan x rapat kiteorg S contact die sebab nak jemput die supaye S dapat jumpe bf die! ewwh! please la! sebelum S contact H, S ade contact A. tanye `kau balek ke kampung hari ni?` A bagi tahu `aku kat parades nih.` and its over! hahah, mende A nak balek kg. bukan ape A da kne da dengan S. S kalau jumpe bf die, xkan sekejap! lame giler! sampai pukul 12a.m tahu! ya ampun. lame giler kan.

H cerita la yang si S bg ayat touching la pe la. bh\ukan kiteorg xnak kawan or tolong tp mcm melampau kan. x sepatotnye die buad mcm tuh. rimas kiteorg! and settle bile H x reply msj S! malas nk layan !

A pon repair kerete sorang2 sebab ayah cakap tkot lambat siap kan. lepas siap and bayar RM180, A tunggu parents kat area pekan tuh untuk mak amek specticle n kiteorg makan kat sane! pastu mak and ayah nak balik dulu tapi A dan 2 akak A g merayap! shopping sikit2! hahah,, tuh yg bez! hahah,

dalam jam 6 aku balik dari pekan. dan sampai je kat rumah teros tgk tv! penat, tertido A kat sofa. ade pulak citer kayangan kat astro ria! layan sampai habis! x sempat nk abes mak pulak ajak g rumah lame A untuk ke masjid. ade ceramah agama. A masok je rumah tuh teros nk tido! sambung tdo sampai jam 10! hahah.

aku terjage bile semua sudare kat sane berada dalam rumah ! riuh ! hahah,, then sambung tgk cerita Shiela Rusli ape ntah tajuknye, Ampunkan Daku kot ! bez! sedih gak la! real story! sampai pukul 12 baru balek rumah!