Apabila sampai sahaja di pejabat, A punch card dan duduk di tempatnya sekarang. Iaitu sound engineer untuk projek terbaru syarikat itu. Seharian A duduk disitu untuk menghabiskan kerjanya. Hingga terlelap seketika A disitu kerna melakukan kerjaan yang sama hampir setiap hari.
Tepat jam 1.00 petang masa untuk rehat dan lunch time ! Masa tersebut A ambil untuk menghabiskan dengan menjamah makanan tengahari dan seterusnya bersolah zohor. Pada ketika ini jugalah A tunggu kerana pilihan mata A mengenai orang tersebut akan berada di depan mata A! Sungguh gembira hati A jika dapat memiliki orang tersebut. A sungguh berminat dengan orang tersebut. Dan sudah beberapa bulan A berada di syarikat itu untuk menjalankan praktikalnya, orang tersebut dapat mengesyaki bahawa A selalu melihatnya dari jauh.
Bercerita tentang orang itu, A pernah sekali berada di dalam lift yang sama dengan orang itu. Pada ketika itu A sudah menjalankan ibadah solatnya di tingkat 13, maka selepas menekan butang ke atas, lift berhenti di tingkat 13 dan ada orang tersebut didalamnya. OMG ! sungguh nervous hati A! Ketika itu orang itu bersama officemates-nya. Suaranya betul2 menyentuh kalbu A !
A memang selalu untuk suka melihat orang yg senang untuk dia melihat ! hahahha. A memang karut ! Kadang-kadang A malu setelah tahu orang yg dia selalu lihat dapat mengetahui perbuatannya ! hahah, sungguh kelakar !
Pada minggu ini sungguh meriah ! A dengan housemates-nya selalu keluar malam! Minggu ini sahaja A sudah 2 kali berkareoke! hahah, Biasalah,walaupun mengalami kesenggauan pada minggu ini, A tetap akan menyanyi ! A tidak akan melepaskan peluang ! hahah, Lepak di tempat yang berbeza. Setiap kali keluar, mereka akan pergi ke Restoran V dan Taman P ! haha, Memang rutin mereka ! Seronok A lepak bersama mereka.
Pada satu hari, kawan dari kampung A mengajak A untuk photoshooting temannya itu. Ini kerana kawannya itu mahu melunaskan task yang diberi oleh lecturernya. Justeru, H meminta tolong A untuk mengambil fotonya. Dengan hanya berbekalkan kamera compact, A menjalankan tugasnya sebagai kawan. Tetapi tidak tahulah jika apa yang telah A lakukan tidak menarik perhatian H.
Lokasi di Tman Pancutan Air yang indah untuk sesi fotografi tersebut. H terlalu malu untuk beraksi. Ini tidak memberi komitmen kepada A untuk menjalankan sesi fotografi tersebut. Namun, A tetap membuat yang terbaik untuk H !
Sebelum sampai ke taman tersebut, A sesat seketika ! hahah, Ini kerana informasi yang diberi oleh H tidak terlalu tepat ! hahah. Tetapi, kami selamat sampai dan mengambil masa yang tidak begitu lama untuk sampai di taman itu.
Sebelum berjumpa H dan menjalankan treatment rambut, A dan housemates-nya menjamah KFC yang dihidangkan oleh orang india ! Tidak kisahlah kerana ada juga terdapat orang melayu yang bekerja. Tetapi di setiap kaunter hanya terdapat orang india untuk serve ! Mula-mula agak loya tetapi oleh kerana ramai juga orang melayu disana untuk makan, mereka tidak kisah ! Layan sahaja !
Ada ketika, selepaas menjalankan treatment untuk rambut, housemate A telefon mengatakan bagaimana hendak masuk ke dalam rumah kerana kami kunci gate rumah ! hahah. Kelakar ! AF marah-marah ketika menelefon kami ! haha, Dia memang begitu. Senang untuk naik hangin ! A tidak mengindahkannya sebab da lemak dengan orang sebegitu !
Sebelum itu, A bersembang dengan hair stylist tersebut untuk meluruskan rambutnya ! hahha. Kerana rambut A memang normal untuk kerinting ! Hair stylist itu mengatakan bahawa dia boring untuk lurus, kerana majoriti rakyat Malaysia sering melakukan rebonding ! hahha. Hakikatnya dia juga berambut lurus ! hahah,,
Macam-macam pengalaman dapat hari tersebut. Kena marah, tgk orang marah kerana H memarahi skandalnya ! Sesat ! hahah, Sungguh gembira ! Minggu yang menyeronokan !
Ha ! A juga sungguh bahagia apabila benda yang ingin dia lalukan sebelum ini menjadi kenyataan. A dan D mengadakan gigs dirumahnya ! Dengan men`cover` beberapa lagu yang menjadi favourite mereka ! Seperti Pray, Favourite Girl & banyak lagi ! Perasaan yang sungguh meneronokkan apabila mereka juga merakam video semasa gigs ! Sungguh menarik ! A tidak akan melupakan kejadian tersebut sebagai pengalaman manisnya ! D juga berjanji untuk mereka sama-sama merakan video yang lebih untuk suatu masa nanti !
No comments:
Post a Comment