Saturday, June 25, 2011

Episod 13 - Kisah A

Mak : A, kalau mak cakap jangan marah yea.
A : Sambil fokus ke arah mak.
Mak : Tadi kat kenduri ramai orang cakap kau macam perempuan. Dieorang cakap ade anak sorang pon dah macam perempuan. Haish ! Mak dengar macam nak menagis tadi . Mak cakap macam mane nak buat. Dah die macam tuh. Cu Cheah pon ade dengar orang cakap macam tuh kat die. Mak malu A. Kau buat ape nak berfesyen ? Laki mane ade berfesyen semua !
A : Ok ! lepas ni A xnak pergi kenduri mane-mane da .
Mak : Abes kau tak nak bersosial ke ? Mane boleh macam tuh .
A : Mak sepatotnye tgk WHI yang sembang pasal nih . Dieorg ade bincang pasal ni haritu. A tak mintak nak jadi macam ni mak . Dah A macam ni nak buat macam mane ?
Mak : Boleh ubah . Boleh ! Mak malu A. Orang ramai bercakap.
A : (tanpa sempat berkata apa-apa sedih sebab Maknya malu terhadapnya dan masuk ke dalam bilik sambil menangis teresak-esak. Tidak tahan dengan kisah tersebut.)

Setelah hampir 30minit didalam bilik, A mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah buat sementara waktu. Untuk menhilangkan resah dan sedih di dalam diri. Dia tidak rasa nak sentap dengan tomahan dari orang lain terhadap dirinya. Kerana dia juga mengata apa yang tidak betul dimatanya. Cuma dia sangat terasa apabila mereka yang mulut seperti longkang tersebut menceritakan ketidakpuasan mereka akibat dari melihat A seperti perempuan kepada Mak A ! Jika mereka berkata kepada A sendiri, ia lebih mudah !

Tragedi yang berlaku hari ini sebenarnya telah berlaku sewaktu A kecil lagi . A memang suka berkawan dengan perempuan. Kerana baginya, perkara yang dia selalu lakukan dan minatnya, lebih kepada dirinya dan perempuan ! Keperibadian A memang terlahirnya sebegitu ! Mak A memberitahu, zahir A boleh diubah. Tetapi bagaimana ? A bukan seperti lelaki lain yang sudah dilahir seperti lelaki normal. A tidak meminta untuk dilahir sebegini. Apabila A mengetahui dirinya sebegini, dia redha dengang ketentuan dari Allah SWT. Tidak terlintas untuk A mengungkit kedajian Allah SWT kepadanya sebegitu rupa. Kerna baginya, segala ujian yang diberi Allah kepada umatnya, ia akan jua dapat di atasi.

A sangat terkilan kepda semua manusia yang tidak pernah rasa berslah untuk menyakitkan hati orang lain dihadapan orang tersebut ! Mereka tidak kah mempunyai hati juga ? Sungguh pelik ! Manusia zaman sekarang hanya tahu menunding jari telunjuk kepda orang lain. Mereka tidak sedar bahawa masih ada 4 jari yang lain memihak kepada mereka !

A tidak menyalahkan mereka untuk berkata mengenai dirinya, kerana A juga ada berbuat seperti itu kepada orang lain. Tetapi dia hanya menyalahkan mereka kerana berani untuk melontarkan tomahan tersebut kepada Maknya. Mak akan terasa apa jua yang dikatakan atau dicuit oleh orang lain kerana darah yang mengalir dalam diri anak mereka adalah darah dari dirinya !

Saturday, May 28, 2011

Episod 12 : Kisah A

TAK TAHU MACAM MANA NAK CAKAP DENGAN ORANG YANG HIPOKRIT !

Hari ini A menjalani kehidupannya yang biasa. Cumanya hari ini a keluar dengan kawannya , Diva la katanye ! Bergurau senda dengan biasanya jika mereka keluar . Akan menguasai tempat tersebut dengan tawa mesra mereka !

Berada di sekitar Seri Manjung dan Lumut pada hari ini . A dan kawannya itu pada mulanya hanya ingin menyanyi di pusat kareoke , sesudah melalak , mereka ke Lumut untuk makan ! Hanya di KFC . Selepas itu pergi berjalan di sekitar Lumut ! Dalam perjalanan pulang ke rumah , kawan A nak ke Mc Donalds katenye ! Lepak lebih kurang sejam untuk minum dan refill ! hahah.

Sampai dirumah dalam sekitar 8.50 malam . Gigih mengejar untuk menonton Akademi Fantasia ! hahah . Dalam keseronokan melihat kelima-lima pelajar AF9 Top 5 nih yang `warm-warm nail` je pade minggu nih . Ade bende yang telah menjadi x sedap pada malam ini !

Peliknya apabila hujung diakhir AF9, semua orang tunggu untuk mengetahui sape yang akan terkeluar ! Dan dapat tahu Lena x dapat disingkirkan . Tiba-tiba ayah A datang ke tempat A dan kakaknya menonton tv . Dan menanyakan ,`siapa yang terkeluar?` . Dan A tidak alert dengan pernanyaan ayahnya . A tidak mendengarnya ! Dan tiba-tiba pertanyaan ayahnya dilanjutkan dengan kata-kata yang tidak sanggup didengar yang datang dari emaknya ! Aduh !

Dan A menyampaikan ketidak salahannya yang dilontarkan oleh emaknya kepadanya ! Sungguh tidak puas hati yang tertimbul dalam hatinya ! Sebab dia memang tidak mendengari apa yang ditanyakan oleh ayahnya ! A mengatakan jika dia mendengar solan itu keluar dari mulut ayahnya, dia akan menjawab dan tiada sebab untuk dia tidak menjawab kecuali dia tidak tahu apa kan jawapan untuk soalan tersebut ! Tepat jam 11 malam selepas AF9, A mandi dan duduk sahaja di dalam bilik !

Wednesday, April 27, 2011

Episod 11 : Kisah A

permulaan hari yang menganggu fikiran A. Memikirkan hati kawan, orang yang ingin disayangi ? pelbagai m=benda yang dapat dirasai pedih hari ini. Seperti biasa A akan menulis di blognya apabila perasaan dan hati kecilnya terasa. Bukan apa, A melakukan perkara tersebut kerana dia tidak tahu kepada siapa dia ingin berkongsi masalahnya. Walaupun sedikit atau banyak masalahnya, blog ini menjadi tempatnya mengadu nasib.

bermula dengan D, Ayp, Ar, Ay ! Penat rasanya badan menanggung masalah. itulah hidup. Tidak selalunya akan seronok.

Tidak hanya dengan itu. apa yang menimpa nasib keluarga juga dipertikaikan dalam senyap. Hanya dia yang menanggung seorang diri tanpa sesiapa disisi. Tidak sanggup berkongsi masalah dengan sesiapa yang tidak mengenali dirinya yang susah untuk dimengerti. A tahu tahap diri nya dan dia pasti semestinya hanya diri sendiri yang memahami diri sendiri !

Malas ingin memperbesarkan lagi tangisan hatinya. Mencari orang yang sudi mewarnai kembali hati yang tiada warna. Tapi tidak dapat diwarnakan dengan sepenuhnya. Mungkin dia bukan orang yang dicari A . Susah dan hanya penat untuk mencari yang sudi berkongsi dikala sunyi . Hanya diri yang mampu kembalikan emosi dikala sunyi, sangsi, sepi kepada happy.

Nasib manusia tudak akan sama sekali. Walaubagaimanapun, A tetap harus tabah untuk mengharungi onak duri sesebuah kehiidupan ini. Mungkin diduniawi bergeni, tetapi di syurgawi ? A hanya mampu berserah untuk terus tabah.

Saturday, April 16, 2011

Episod 10 : Kisah A

A terpikir untuk melebarkan bakatnya yang sebar sedikit dengan nyanyian . Ini yang dapat
hasilkan bersama kawan serumahnya D !


Friday, April 8, 2011

Episod 9 : Kisah A



Mulalah hari yang ditunggu-tunggu. A tidak tahu nak pilih antara 2. Tiba-tiba , `kita tak tahu antara 2 , hala yang berbeza , kiri kau menjanjikan cinta , kanan menjanjikan bahagia. ` . Entah betul atau tidak lirik yang dinyanyikan oleh A . Dia sedang memikirkan apa yang akan dibeli samada Iphone 4 atau Ipod .



Adakah ini pilihan A ? A pon tidak tahu . Ataupon . . .

Ini adalah Ipod Touch 4 . Dan A masih tidak tahu ingin yang ini atau tidak . Dia masih memilih . .

Thursday, April 7, 2011

Episod 8 : Kisah A

Bercakap dengan diri sendiri !

Menggenangkan apa yang diterima oleh A pada kelmarin. Hatinya tidak pernah berdiam untuk sakit apabila diherdik oleh bapa saudaranya sendiri. Sangat terluka. Dan selepas mendapat kereta daripada bapanya di kedau kusyen,dia terus mengambil peluang untuk ketemu kawan barunya yang saja baru kenal. Tetapi masa tidak mengizinkan. Kawan barunya perlu menyelesaikan halnya.

Dan A balik kerumah serorang diri. Dalam hatinya masih mengingati apa yang terjadi pada kelmarin. Bercakap sendirinya di dalam kereta mengenai apa yang terjadi. Sungguh tidak tenteram dan hanya memikirkan tentang itu bila dia bersendiri. suara yang keluar dari mulut manusia itu tidak boleh dilupankannya. Masih segar dalam ingatakannya. Tidak mungkin dia dilupakan kata-kata itu.

terlintas ketika ini, A diherdik oleh ibunya pada ketika dahulu. Sedih menghantui diri. Ibunya pernah berkata `aku tak ada anak macam nih pon tak ape la ! dari sakitkan hati aku nih ! ` . Itu apa yang diungkapkan dari mulut ibu atas sebab A suka berkawan dengan perempuan. Tetapi kini ibunya tidak lagi berkata apa-apa tentang masalah kawan dan sebagainya tentang A. Bagi A itu adalh sebab utama yang A dan ibu bapanya tidak dapat rapat. Kerana dia memikirkan ibu bapanya tidak suka padanya. A jika diberi peluang, dia tidak mahu dibebani ibu bapanya oleh sebab perkataan yang dikeluarkan oleh ibunya, dia mnerakan yang dia bukan anak kepada ibu bapanya itu. A lebih suka bersendiri. dia dapat tahu jika manusia bagaimana yang suka atau tidak suka pada dirinya.

Dan sekarang A tidak menghiraukan sesiapa saja yang mahu untuk berkata tentangnya. Asalkan mereka bahagia dengan percakapan yang mereka bawa. A adalah A ! A juga akan berbuat begitu kepada sesiapa yang menhiraukan dia atas dasar dia begitu !

Wednesday, April 6, 2011

Episod 7 : Kisah A

Terukkah A ? itu sahaja yang terlintas difikiran A. Diherdik dari bapa saudara sendiri dikhalayak ramai. A amat terkejut. A tidak pernah sama sekali menggangu urusan dan hidup sesiapa saja. Tapi, apa yang diterimanya seperti A menggangu hidup mereka. Memang mulut manusia tiada sapa yang dapat menutup. Tapi dengan herdikan dari BAPA SAUDARANYA sendiri A sentap dengan tiba-tiba.

Perkara ini berlaku apabila A sampai dirumah kampung bapa saudaranya untuk membawa pulang ibunya. Samapai saja disitu, tidak sempat A untuk duduk dan mendekati tempat ibunya dan saudara lain bersembang,bapa saudaranya tiba-tiba, `macam pondan kamu nih!`. A tidak memahami. A dilahirkan bergitu bukan dihajatinya. Yang membuat A tidak memahami, apa yang A lakukan tadi ? Pelik dan sangat aneh ! A tersentap . Didalam hatinya ` kenape orang tue nih ? tetibe nak target aku lak ? aku buat ape tadi ?` .

Entahla, sentapnya tidak habis lagi . Ibu bapanya diam seribu erti. Cuma Uda yang bercakap . `Ape abang cakap macam tuh ?` . Senyap disitu ! A memang sangat tidak berpuas hati ! Kerana A tidak menggangu hidup orang lain ! Pelik dunia sekarang nih . Jika mereka malu akan kejadian A begitu rupa , jangan ditegur dan diam seribu bahasa . Tetapi zaman kini , membuat hati orang sakit adalah hobi dan perkara yang tidak boleh dilarang . Sesetengah orang menjadikan menyakiuti hati orang lain sebagai rutin hariannya !

A hanya dapat mengeluh dan tidak akan berkongsi rasa sakit hatinya dengan orang lain . Itu adalah sikapnya ! Jika dia mahu menangis dalam hati sekalipun dia lebih rela . Sebab itu A tidak mampu untuk mencari kawan baik . Tetapi jika dijumpanya , mesti dia tidak akan dikongsinya sakit perih hatinya . Takut dibebani orang tersebut .