Wednesday, April 6, 2011

Episod 7 : Kisah A

Terukkah A ? itu sahaja yang terlintas difikiran A. Diherdik dari bapa saudara sendiri dikhalayak ramai. A amat terkejut. A tidak pernah sama sekali menggangu urusan dan hidup sesiapa saja. Tapi, apa yang diterimanya seperti A menggangu hidup mereka. Memang mulut manusia tiada sapa yang dapat menutup. Tapi dengan herdikan dari BAPA SAUDARANYA sendiri A sentap dengan tiba-tiba.

Perkara ini berlaku apabila A sampai dirumah kampung bapa saudaranya untuk membawa pulang ibunya. Samapai saja disitu, tidak sempat A untuk duduk dan mendekati tempat ibunya dan saudara lain bersembang,bapa saudaranya tiba-tiba, `macam pondan kamu nih!`. A tidak memahami. A dilahirkan bergitu bukan dihajatinya. Yang membuat A tidak memahami, apa yang A lakukan tadi ? Pelik dan sangat aneh ! A tersentap . Didalam hatinya ` kenape orang tue nih ? tetibe nak target aku lak ? aku buat ape tadi ?` .

Entahla, sentapnya tidak habis lagi . Ibu bapanya diam seribu erti. Cuma Uda yang bercakap . `Ape abang cakap macam tuh ?` . Senyap disitu ! A memang sangat tidak berpuas hati ! Kerana A tidak menggangu hidup orang lain ! Pelik dunia sekarang nih . Jika mereka malu akan kejadian A begitu rupa , jangan ditegur dan diam seribu bahasa . Tetapi zaman kini , membuat hati orang sakit adalah hobi dan perkara yang tidak boleh dilarang . Sesetengah orang menjadikan menyakiuti hati orang lain sebagai rutin hariannya !

A hanya dapat mengeluh dan tidak akan berkongsi rasa sakit hatinya dengan orang lain . Itu adalah sikapnya ! Jika dia mahu menangis dalam hati sekalipun dia lebih rela . Sebab itu A tidak mampu untuk mencari kawan baik . Tetapi jika dijumpanya , mesti dia tidak akan dikongsinya sakit perih hatinya . Takut dibebani orang tersebut .

No comments:

Post a Comment