Mak : A, kalau mak cakap jangan marah yea.
A : Sambil fokus ke arah mak.
Mak : Tadi kat kenduri ramai orang cakap kau macam perempuan. Dieorang cakap ade anak sorang pon dah macam perempuan. Haish ! Mak dengar macam nak menagis tadi . Mak cakap macam mane nak buat. Dah die macam tuh. Cu Cheah pon ade dengar orang cakap macam tuh kat die. Mak malu A. Kau buat ape nak berfesyen ? Laki mane ade berfesyen semua !
A : Ok ! lepas ni A xnak pergi kenduri mane-mane da .
Mak : Abes kau tak nak bersosial ke ? Mane boleh macam tuh .
A : Mak sepatotnye tgk WHI yang sembang pasal nih . Dieorg ade bincang pasal ni haritu. A tak mintak nak jadi macam ni mak . Dah A macam ni nak buat macam mane ?
Mak : Boleh ubah . Boleh ! Mak malu A. Orang ramai bercakap.
A : (tanpa sempat berkata apa-apa sedih sebab Maknya malu terhadapnya dan masuk ke dalam bilik sambil menangis teresak-esak. Tidak tahan dengan kisah tersebut.)
Setelah hampir 30minit didalam bilik, A mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah buat sementara waktu. Untuk menhilangkan resah dan sedih di dalam diri. Dia tidak rasa nak sentap dengan tomahan dari orang lain terhadap dirinya. Kerana dia juga mengata apa yang tidak betul dimatanya. Cuma dia sangat terasa apabila mereka yang mulut seperti longkang tersebut menceritakan ketidakpuasan mereka akibat dari melihat A seperti perempuan kepada Mak A ! Jika mereka berkata kepada A sendiri, ia lebih mudah !
Tragedi yang berlaku hari ini sebenarnya telah berlaku sewaktu A kecil lagi . A memang suka berkawan dengan perempuan. Kerana baginya, perkara yang dia selalu lakukan dan minatnya, lebih kepada dirinya dan perempuan ! Keperibadian A memang terlahirnya sebegitu ! Mak A memberitahu, zahir A boleh diubah. Tetapi bagaimana ? A bukan seperti lelaki lain yang sudah dilahir seperti lelaki normal. A tidak meminta untuk dilahir sebegini. Apabila A mengetahui dirinya sebegini, dia redha dengang ketentuan dari Allah SWT. Tidak terlintas untuk A mengungkit kedajian Allah SWT kepadanya sebegitu rupa. Kerna baginya, segala ujian yang diberi Allah kepada umatnya, ia akan jua dapat di atasi.
A sangat terkilan kepda semua manusia yang tidak pernah rasa berslah untuk menyakitkan hati orang lain dihadapan orang tersebut ! Mereka tidak kah mempunyai hati juga ? Sungguh pelik ! Manusia zaman sekarang hanya tahu menunding jari telunjuk kepda orang lain. Mereka tidak sedar bahawa masih ada 4 jari yang lain memihak kepada mereka !
A tidak menyalahkan mereka untuk berkata mengenai dirinya, kerana A juga ada berbuat seperti itu kepada orang lain. Tetapi dia hanya menyalahkan mereka kerana berani untuk melontarkan tomahan tersebut kepada Maknya. Mak akan terasa apa jua yang dikatakan atau dicuit oleh orang lain kerana darah yang mengalir dalam diri anak mereka adalah darah dari dirinya !